Tuesday, November 6, 2012

Kenali Madu AsLi


MiToS MaDu 


BELIEVE IT OR NOT

Membetulkan mitos mengenai madu

Madu asli tidak di serang oleh semut tetapi jika madu asli yang di campur gula akan di serang pasukan semut. Madu asli juga diserang semut kerana kemanisan madu tersebut, ini adalah di sebabkan kebanyakan lebah hanya memakan benda-benda manis.

Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika di letakkan di dalam peti sejuk. Ini juga merupakan mitos kerana kandungan madu terdiri daripada kandungan air. Lebah juga menggunakan air ketika membuat madu dimana yang membezakannya adalah apabila madu tersebut cair, kandungannya sekata dan tidak mempunyai kerak seperti air gula.

Madu asli tidak akan putus-putus jika di tuangkan ke dalam bekas. Ini merupakan satu kenyataan yang benar kerana kepekatan madu adalah tinggi.

Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan. Jika madu asli, ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan. Ini merupakan satu fakta yang benar kerana kelikatan madu sangat tinggi berbanding air.

Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak. INi tidak di pastikan kesahihannya kerana masak sebagaimana yang di takrifkan.

Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak di serap oleh kertas. Ini adalah satu fakta yang benar kerana kelikatan madu adalah sangat tinggi.

No comments:

Post a Comment